Thursday 13 October 2011

LITAR PEMANCAR RADIO FM RINGKAS



Litar ini amat sesuai kepada penghobi radio iaitu suatu unit pemancar radio FM yang sangat ringkas dan mudah dibuat. Bahagian penerimanya boleh menggunakan radio FM biasa dan anda hanya perlu menala (tune) kepada frekuensi yang betul dari 88 hingga 108MHz. Jarak penerimaan sekitar suku batu atau lebih, boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan hiburan. Penting sekali komponen kapasitor semuanya hendaklah jenis seramik dan induktor L1 boleh dibuat dengan melilit rapat-rapat 8 hingga 10 lilitan menggunakan 22 gauge size wire keatas rod atau kelonsong jenis bukan pengalir yang berdiameter 1/4 inci, seperti kelongsong pen atau pensil yang tidak digunakan lagi. Jenis transistor juga mudah didapati 2N3904.

No comments:

Post a Comment