Thursday 13 October 2011

LITAR LED MENGIKUT BUNYI SUARA

Litar ini mempunyai bahagian LED yang akan berkelip-kelip turun dan naik mengikut perubahan-perubahan isyarat daripada microphone atau suara bunyi sebagai suatu alat hiburan cahaya LED. Jika mic diletak berhampiran speaker ia akan mengikut rentak muzik daripada CD atau radio. Bahagian IC yang penting terdiri daripada LM3914 iaitu "dot/bar display driver" dan penguat op amp 741. Kekuatan signal boleh dikawal melalui potentiometer 47kohm sebelum ia diterus dan ditapis oleh dua biji diode penerus 1N4148 dan kapasitor penapis 1uF. Microphone yang sesuai digunakan adalah jenis electret mic atau kadang-kala juga dipanggil jenis condenser microphone.


                                       mikropon kondenser

1 comment:

  1. jika mic kondeser di gantikan dengan preamp/speaker adakah ia akan berkelip mengikut bunyi itu?

    ReplyDelete