Thursday 13 October 2011

LITAR PEMANCAR RADIO FM RINGKAS



Litar ini amat sesuai kepada penghobi radio iaitu suatu unit pemancar radio FM yang sangat ringkas dan mudah dibuat. Bahagian penerimanya boleh menggunakan radio FM biasa dan anda hanya perlu menala (tune) kepada frekuensi yang betul dari 88 hingga 108MHz. Jarak penerimaan sekitar suku batu atau lebih, boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan hiburan. Penting sekali komponen kapasitor semuanya hendaklah jenis seramik dan induktor L1 boleh dibuat dengan melilit rapat-rapat 8 hingga 10 lilitan menggunakan 22 gauge size wire keatas rod atau kelonsong jenis bukan pengalir yang berdiameter 1/4 inci, seperti kelongsong pen atau pensil yang tidak digunakan lagi. Jenis transistor juga mudah didapati 2N3904.

LITAR LED MENGIKUT BUNYI SUARA

Litar ini mempunyai bahagian LED yang akan berkelip-kelip turun dan naik mengikut perubahan-perubahan isyarat daripada microphone atau suara bunyi sebagai suatu alat hiburan cahaya LED. Jika mic diletak berhampiran speaker ia akan mengikut rentak muzik daripada CD atau radio. Bahagian IC yang penting terdiri daripada LM3914 iaitu "dot/bar display driver" dan penguat op amp 741. Kekuatan signal boleh dikawal melalui potentiometer 47kohm sebelum ia diterus dan ditapis oleh dua biji diode penerus 1N4148 dan kapasitor penapis 1uF. Microphone yang sesuai digunakan adalah jenis electret mic atau kadang-kala juga dipanggil jenis condenser microphone.


                                       mikropon kondenser

LITAR VOLTAGE MONITOR KERETA RINGKAS


Litar voltage monitor yang agak ringkas dan mudah di atas boleh dimanfaatkan bagi memeriksa bekalan voltan bateri kereta 12 volt anda pada setiap masa, dimana kedua-dua LED akan menyala sebagai menunjukkan keupayaan bateri kereta anda menjadi semakin lemah di bawah 12Volt untuk diperiksa sebelum sebarang perkara yang menyusahkan berlaku. Caranya sangat mudah dengan menyambungkan punca bekalan +/- litar tersebut pada masukkan socket pemanas rokok kereta anda. IC L8069 menyediakan voltage referance akan mengesan sebarang perubahan voltage dan IC LM393 akan bertindak sebagai litar pembanding voltan atau voltage comparator.

Friday 30 September 2011

LITAR KAWALAN ON DAN OFF SUIS TUNGGAL



Sesuai dengan namanya, litar ini boleh digunakan untuk ON atau OFF kan relay utama dengan satu kawalan  suis sahaja. Komponen penting yang digunakan adalah seperti IC counter 4069, transistor Q1 2N4401, relay 9 Volt untuk memacu (drive) litar elektrik seterusnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN ANDA
"SANGAT MUDAH DAN PALING BERKESAN"
SERTAI SEKARANG!!
(KLIK DISINI)


Salam sejahtera, program ini sangat sesuai kepada golonga suri-rumah,student,kaki-tangan kerajaan,swasta,orang berpencen dan kepada semua yang ingin menjana pendapatan sampingan,pendaftaran adalah percuma sangat berbaloi-baloi.


LITAR AUDIO PREAMP YANG RINGKAS


Walaupun litar audio preamp ini agak ringkas tetapi ia mempunyai jumlah gandaan yang sangat baik untuk menguatkan signal yang lemah dari mic. Contoh, litar ini boleh digunakan pada bahagian masukkan pada litar oscillator pemancar FM radio yang ringkas.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN ANDA
"SANGAT MUDAH DAN PALING BERKESAN"
SERTAI SEKARANG!!
(KLIK DISINI)


Salam sejahtera, program ini sangat sesuai kepada semua golongan suri-rumah,student, kaki-tangan kerajaan, swasta, orang berpencen dan kepada semua yang ingin menjana pendapatan sampingan, pendaftaran adalah percuma sangat berbaloi-baloi.